Pages

Isnin, 14 Jun 2010

Gambar di bawah adalah antara gambar semasa lawatan oleh beberapa pemimpin negara ke Daerah Simunjan pada suatu masa dahulu.
















Simunjan Dalam Kenangan


Jalan Penghubung utama ke Simunjan pada masa dahulu ialah sungai. Ekspres dan kapal adalah pengangkutan yang digunakan. Ia memakan masa kira-kira 8 jam perjalanan dari Kuching ke Simunjan mengikut pasang surut air.

Ekspres yang menjadi pengangkutan utama Simunjan suatu masa dahulu

Sungai adalah jalan penghubung Simunjan ke kawasan lain
__________________________________________________________________


Dari segi pendidikan anak bangsa di Simunjan, turut disediakan sekolah-sekolah bagi mendidik penduduk tempatan. Pedidikan tidak hanya tertumpu kepada golongan anak-anak malah golongan dewasa turut dititik beratkan. Gambar di bawah adalah antara sekolah-sekolah yang telah wujud pada masa dahulu dan ada antaranya masih kekal sehingga hari ini.


Pondok Kelas Dewasa Simunjan pada awal tahun 60an

Sekolah Rendah Kerajaan Kedumpai, Simunjan pada tahun 80an

Sekolah Rendah Lower Sadong District Council 1963

Gambar SMK Simunjan/Simunjan Secondry School Sadong

Wajah SMK Simunjan pada suatu masa dahulu dan masih kekal masa kini

Gambar kenangan pelajar-pelajar dari SMK Simunjan

[SUMBER : Buku 'Samarahan Dari Kampung Terpencil ke Desa Ilmu`]

LAGENDA PAHLAWAN DAERAH SIMUNJAN (PAK JAPID)


Nama Allahyarham Pak Japid, mungkin tidak segah pahlawan Rosly Dhobi, Sharif Masahor dan Rentap. Hanya masyarakat awal di Daerah Simunjan yang mengetahui sejarah perjuangan serta sifat beraninya menentang penjajahan Jepun. Sikap beraninya menentang penjajah tetap segar diingatan mereka walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Semua ini dilakukan demi kepentingan bangsa dan tanah air serta tidak mahu melihat Jepun terus bertapak dan bermaharajalela. Mustapha Affendi Bujang Ahi, 70 menyifatkan Pak Japid seorang yang berani dan pejuang Melayu tulen yang harus dijulang seperti pahlawan yang lain. Pak Japid dikatakan memberontak menentang Jepun apabila ditangkap kerana enggan meminjamkan perahu kepada Jepun, ini kerana pada masa itu hanya Pak Japid memiliki perahu besar atau dikenali "perahu bandung" dalam kalangan penduduk. Oleh kerana tidak tahan dengan sikap tentera Jepun yang bertindak kasar terhadap penduduk, beliau bangun memberontak untuk menentang Jepun.
Oleh kerana keberaniannya, beliau telah dibunuh pihak Jepun berdekatan Sungai Simunjan. Pak Japid ditetak beberapa kali dibahagian badannya secara bertubi-tubi, tetapi tidak memperlihatkan sebarang kesan luka atau calar. Oleh sebab yang demikian, pihak Jepun dengan kejam menimbus Allahyarham hidup-hidup ke dalam lubang. Dipercayai selama tujuh hari tujuh malam Allahyarham Pak Japid meraung meminta tolong. Allahyarham dipusarakan di kawasan Sungai Simunjan dan kawasan tersebut dikatakan keramat serta terkenal oleh masyarakat sebagai tempat untuk memasang niat pada masa itu. Untuk mengingati perjuangan Allahyarham, penduduk telah memindahkan semula makamnya ke tanah perkuburan Simunjan. Sepanjang pemerintahan tentera Jepun, layanan adalah baik kepada masyarakat Melayu tetapi sebaliknya kepada masyarakat Cina. Kebanyakan mereka diseksa sesuka hati dan dengan cara yang paling angkuh dan kejam. Jepun pada masa itu datang dari Miri dengan menggunakan dua buah perahu kotak, mereka singgah di Engsengei yang mana lebih dikenali sebagai Pangkalan Mon pada masa itu.
Secara keseluruhannya, pekerjaan utama penduduknya ialah petani, pekebun dan nelayan. Ketua Pentadbiran bagi Daerah Simunjan ialah Pegawai Daerah. Manakala Ketua Pentadbiran Daerah Kecil Sebuyau ialah Pegawai Pentadbir Sarawak. Di beberapa buah pekan penting, kita telah menempatkan seorang Pembantu Am Rendah untuk mewakili jentera Pentadbiran Daerah di Kawasan tersebut. Pekan-pekan yang diwakili oleh Pembantu Am Rendah ialah Gedong dan Sebangan .
Di samping itu, Pentadbiran Daerah dibantu oleh ketua-ketua masyarakat yang dibayar gaji bulanan yang telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk mentadbir hal-ehwal adat istiadat kaum masing-masing mengikut kawasan yang telah ditetapkan untuk mereka. Bagi Daerah Simunjan terdapat 3 orang pemanca iaitu seorang Pemanca Cina, seorang Pemanca Iban dan seorang Pemanca Melayu.
Selain itu, Daerah Simunjan juga mempunyai lima orang Penghulu Melayu, enam orang Penghulu Iban dan dua orang Penghulu Cina. Pentadbiran setiap penghulu dibantu oleh ketua-ketua kaum yang telah dilantik kerajaan negeri untuk mewakili jentera Pentadbiran Daerah di kawasan kampung masing-masing. Bagi pentadbiran pembangunan daerah, Pegawai Daerah selaku Ketua akan dibantu oleh Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Jabatan dari Agensi Kerajaan dan badan berkanun.
Semua perancangan pembangunan daerah dibincang dan dirancang serta diselaras oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah sebelum ia dibawa kepada Jawatankuasa Pembangunan Bahagian.

Pusat Jalurlebar Komuniti (Community Broadband Centre) Simunjan, Daerah Simunjan, Sarawak mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 pusat Jalurlebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

PEKAN SIMUNJAN




Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak di mana pada zaman dahulu,penduduk asalnya yang terdiri daripada pendudk kampung seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini.Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu.Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak di mana pada zaman dahulu,penduduk asalnya yang terdiri daripada penduduk kampung seberang iaitu kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini.Kebayakan penduduk zaman dahulu berkerja dilombongan arang batu.Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang batu,mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil "semun'',batu,mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil "semun".Keadaan ini berlaku akibat hujan yang seringkali turun pada ketika itu menyebabkan mancis tersebut menjadi lembab atau memandangkan kawasan tersebut masih belum diberi nama,maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan "semun"dan "hujan"hingga dinamakan Simunjan.Itulah asal-usulnya hingga diberi nama "SIMUNJAN"

Ahad, 13 Jun 2010

Kenali Daerah Simunjan


Daerah Simunjan adalah satu daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Samarahan.Keluasan Daerah Simunjan ialah 23,277 km persegi.Ia terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103 km melalui jalan air.Sebuyau dan Gedong adalah di bawah pentadbiran Daerah Simunjan.Bentuk muka bumi secara keseluruhannya adalah berbukit-bakau,pergunungan di kawasan paya dan rendah di tepian pantai.Sungai Batang Sadong merupakan sungai utama bagi Daerah Simunjan.Pekan-pekan penting di bawah pentadbiran Simunjan ialah Simunjan,Gedong,Sebangan,Sebuyau dan Tebelu.Jumlah penduduk Daerah Simunjan ialah 38,098 orang yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.

Sejarah simunjan




"Boiler"Peninggalan Sejarah Simunjan
"Boiler"yang digunakan untuk aktiviti perlombongan batu arang semasa pemerintahan British pada masa dahulu. Pada masa dulu perlombongan arang batu giat dijalankan di kawasan Gunung Ngeli Simunjan pada awal 60-an.Kini perlombongan tersebut sudah tidak aktif lagi dan kini meninggalkan kesan perlombongan di kawasan tersebut.

Daerah simunjan



Menurut cerita,Daerah simunjan mendapat nama daripada seorang pedagang cina yang datang ke simunjan.Pedagang cina tersebut datang menggunakan wangkang (sejenis kapal layar)di mana beliau membawa tembakau dan garam.Pedagang cina tersebut berhenti berehat dan melabuhkan wangkangnya di seberang sungai simunjan.Kemudian beliau terus naik ke darat dan menjamur ''Jan''dalam keadaan cuaca yang mendung(maksud Jan dalam bahasa Cina ialah Tembakau).Perbuatan pedagang cina tadi telah menyebabkan orang melayu yang berada di situ tersenyum lalu berkata ''Semunlah Jan''kau itu.Sejak itu perkataan ''Semun''(lembab)dan ''Jan''bermain di bibir orang Melayu di kawasan itu.Mulai dari itu juga penduduk kawasan itu menggelar kawasan tersebut sebagai ''SIMUNJAN''.